Temuduga Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan

Assalamualaikum wbt..

Sekadar coretan dan berkongsi pengalaman berkenaan temuduga bagi satu jawatan di sektor kerajaan.

Semoga yang membaca kisah ini akan dimurahkan rezeki dan berada di dalam rahmat-Nya. Amiin..

Salam sejahtera untuk semua. Di sini Aku ingin kongsikan berkenaan pengalaman peperiksaan dan temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan S29. Semoga ianya boleh menjadi bimbingan dan memberikan persediaan kepada calon lain yang memohon sebarang pekerjaan di sektor kerajaan.

Bagi mendapatkan kerja di bidang kerajaan bukannya suatu yang mudah. Saingan, kekosongan jawatan yang kurang dengan jumlah pemohon yang terlampau ramai menyukarkan lagi peluang bagi mendapatkan kerja kerajaan. Namun hingga saat sekarang, Aku masih belum berputus asa bagi mendapatkan mana mana jawatan di dalam sektor kerajaan. Di dalam hati selalu berkata "mungkin belum rezeki aku lagi".

Aku mula memohon kerja di sektor kerajaan sejak habis SPM lagi, termasuklah kerja di dalam badan badan beruniform. Banyak temuduga yang Aku hadiri dan kebanyakannya berakhir dengan kegagalan terutamanya dalam badan uniform. Namun begitu, Aku pernah lulus temuduga Tentera Darat dan menjalani latihan di Port Dickson. Alangkah malangnya Aku terpaksa menarik diri selepas 4 bulan latihan disebabkan masalah kesihatan. Sedih kan...apa boleh buat. Belum rezeki..mohon kerja dalam SPA pula, asyik "tidak memenuhi kriteria tapisan yang ditetapkan" Tengok minimum kelayakan, nampak macam tak ada masalah pun.

Sehinggalah suatu hari selepas 8 tahun berlalu, Aku terima email bagi ujian "online" untuk penolong pegawai tadbir dan "Yes" Aku lulus peperiksaan tersebut. Namun malangnya tempat temuduga di negeri kelahiran dan atas kekangan kerja dan kewangan menyebabkan Aku tidak hadir sesi temuduga berkenaan. Melepas dah satu lagi..Alahaiiii...( ini jawatan untuk kerajaan negeri )

Namun, selang 3 bulan selepas itu, Aku terima lagi email tapi kali ini dari SPA bagi jawatan PPPP seperti tajuk di atas. Arahan untuk menduduki peperiksaan psikometrik dan dalam bulan yang sama terima email sekali lagi dari SPA untuk jawatan sama tapi bagi gred S19. Syukur di dalam hati, Sekurangnya "MELEPASI TAPISAN".

Syukur Aku berjaya menghabiskan ujian psikometrik bagi Gred S29 dan lulus, namun malangnya bagi yang satu lagi ( tarikh berlainan ), Aku tertidur semasa menunggu masa peperiksaan. Mungkin keletihan, tambah lagi berpuasa ramadhan, Aku terlepas bahagian A untuk ujian tersebut. Maka hancurlah harapan di situ.

Dalam ujian psikometrik ni, kita kena jujur dengan diri kita sendiri, sebab soalan sememangnya dihasilkan oleh orang2 yang mahir dari segi psikologi. Sebagai contoh satu soalan ini :

"Tidak menjadi satu kesalahan untuk sesekali melanggar lampu merah semasa memandu ( betul/salah ). Korang rasa nak jujur ke tak?? Bagi Aku, normal la setiap pemandu akan langgar lampu merah sekali sekala. Contohnya tengah malam jalan lengang, lebih lagi la kalau xde "traffic light camera". Rasa korang nak membatu tunggu ke, atau jalan je. Kalau Aku, hmmmm...aku jalan je. hahahahha..kan....

Syukur, dua minggu selepas itu, Aku terima email dari SPA untuk sesi temuduga pula. Temuduga pula selepas raya. Disebabkan temuduga ni baru 5 hari yang lepas, Aku gambarkan keadaan temuduga berkenaan bagi 'membosankan' korang yang baca ni. Huhuhu..

Lokasi temuduga : SPA, Jalan Cenderasari KL.
Waktu : 8.00 pagi
Tarikh : 18 June 2019

Aku sampai awal, dengan memandu tenggiling kecilku berpandukan Waze. Syukur tak sesat. Terima kasih Waze..!

Dalam 8 suku pagi, pembantu temuduga mula memeriksa dokumen dan salinan email panggilan temuduga sebagai bukti. Kami dipecahkan dalam beberapa kumpulan dan menunggu di depan bilik temuduga seperti yang telah ditetapkan. Giliran Aku adalah yang ke dua. Syukur, gemuruhku tidak "mendampingi" semasa menunggu giliran.

Selepas berakhir calon pertama, Aku pun masuklah dengan tenang selepas dipanggil. Takde lah terlupa untuk ketuk pintu dan tutup balik perlahan lahan. Masuk je, penemuduga dah tersenyum dan mintak dokumen yang Aku bawa, Tengok dia senyum makin tenanglah Aku di situ. tapi mampu ke Aku tenang sampai akhir????

Ok..this is where everything turned bad. Masa tu ada dua penemuduga ( lelaki dan perempuan ) dan Aku senyum sambil duduk seperti diarahkan. Dalam beberapa saat, sebelum soalan dimulakan, Aku cuba ingat kembali apa yang Aku dah hafal. Semuanya "blank" guy. hahahahaha..penat Aku hafal berminggu tapi hampeh dalam bilik temuduga. Pasrah je la....nak buat macam mana kan..Masa ni gemuruh tu mula datang sebab otak dah fikir " aku nak jawab apa ni nanti ?? "

Namun, soalan pertama dari penemuduga..!! Can you please tell us about your background?? Huh..! soalan dalam BI so kena jawab dalam BI. " working as a customer service, should be no problem at all for me to answer that kind of question. Tapi bila mula je, lidah berbelit belit. Puii!!!! apo ni....kalau kat luar menyumpah seranah dah ni..Namun, Aku berhenti dalam 2,3 saat, telan air liur dan teruskan. Biarpun tak perfect, at least ok lah. Aku lebihkan kepada working experience semasa kenalkan diri.

Soalan seterusnya, dia tanya samaada Aku tau ke jawatan apa yang ditemudga berkenaan. Jadi Aku jawab penuh teratur dan sebutkan dengan jelas jawatan berkenaan. Penemuduga dengar sambil tersenyum ke arahku. Masa tersebut, keyakinan mula kembali, gementar mula berkurangan.

Soalan ke tiga pula dia tanya " Awak rasa, kalau dapat kerja ni, dekat agensi mana akan ditugaskan? " ok..dalam hati cuba bertenang dan cuba ingat balik. Soalan ni, dia sepertinya tanya agensi mana di bawah Kementerian Sumber Manusia. Sebab blank dah dari tadi, aku cuma ingat JTK dan jabatan perhubungan perusahaan sahaja. Penemuduga masih tersenyum dengar jawapanku dan selepas itu, soalan seterusnya mula rasa menyeronokkan. Yang penemuduga perempuan masih lagi diam seperti Guru sekolah yang sedang menanda kertas ujian. Huhuhu.

Soalan seterusnya , kali ini Aku punya gementar sudah dapat dibendung dan berjaya kembali tenang biarpun Aku sedar berlaku kesilapan dalam jawapan sebelum ini.

Role Play : Bayangkan awak ditugaskan untuk melakukan pemeriksaan ke atas taukey balak yang tidak membayar gaji pekerja ikut masa yang ditetapkan. Kawasan tersebut amat terpencil dan taukey tersebut boleh buat apa sahaja terhadap keselamatan diri awak.

Maka role play pun bermula. Penemuduga lelaki tersebut memainkan watak taukey balak yang garang, degil nak mampus, dan Aku adalah selaku pegawai kerajaan. (suma pakai slang pasar ). Dalam role play ni, Aku amat tenang, mampu menunjukkan ketegasan biarpun "taukey balak" tersebut amatlah degil. Huhuhu..betul ke tegas?? ahahaha...mungkinla kot???

Berikut adalah playback : Ahak..

Taukey Balak ( penemuduga lelaki ) : "You apa mau mari sini?
Aku : "Saya datang mau check la tokey. Saya mau check la kalau ada apa salah dalam ini kompeni." Taukey saya dengar ini company banyak lambat bayar gaji pekerja?..( nada yang lembut tapi tegas )
Taukey : Itu tak ada apa la. Ini hutan ma..mana ada tempat itu pekerja mau sopping, belanja itu gaji.
Aku : Itu tak ada boleh la ini macam tokey. Gaji harus bayar on time ma tokey. Ini negara kita punya law ma..
Tokey : Saya punya pekerja itu okey saja gaji bagi lambat. Mana ada bising ma. Jabatan lain ok saja. Kamu punya jabatan ini banyak datang buat kacau sini. Saya punya pekerja pun ada juga cakap suruh simpan itu punya gaji dua 3 bulan baru bagi. Lagi satu saya byr OT mahal maa' dari company lain. Pekerja saya semua ok sahaja. Kamu sahaja yang bising bising.
Aku : (dalam kepala otak ni dah set. Dia memang akan provoke, aku kena control conversation). " Alaa tokey..Jabatan saya datang ini mau buat pemeriksaan sahaja. Saya punya kerja ikut negara kita punya undang2. Gaji, OT itu suma harus la byr ikut time. Tak mau tunda tunda.
Taukey : Jadi saya bayar itu salah la..saya bayar OT dua kali ganda itu salah la bagi kamu punya jabatan?? ( garang gila bunyi dia ni..hahahah )
Aku : Taukey taukey.. dengar ini dulu. You punya company bayar dua kali ganda ka, 3 kali ganda ka, itu terpulang pada you punya company. Itu you punya duit, kalau company banyak duit apa salahnya kalau mau bayar dua kali ganda OT. Apa yang saya tau, low is low. You mesti la byr gaji ikot time.
Taukey : ( makin menggnas ) : Banyak langsi la ini punya orang. Sini tempat banyak sunyi o..itu nanti kalau saya punya orang kasi "potong" lu, takda kluar dah you dari ini tempat.
Aku : ( dalam hati..woahh..dia nak bunuh aku..wargggh...main2 kau ek? ) Dengan tegas tapi masih control kelembutan..gitu..."Taukey.. taukey ini punya cakap sudah kira ugut tau taukey??  Apa taukey tidak takut sama undang2 negara ka??? Saya tak kira juga taukey. Apapun saya mau tengok itu gaji pekerja you bayar ikot time..boleh taukey??
Taukey : Lu ni tak ada takut mati lu ini..Itu saya ckp tadi saya punya pekerja ckp ok saja gaji byr lambat.
Aku : "Macam ini la taukey. Saya bagi cara mudah saja. Apa kata kita panggil you punya pekerja, kita buat perbincangan dengan mereka pasal gaji ni. Kita ikot apa you punya pekerja mau. Boleh taukey?? ( aku pun tak tau la mana dtg idea ni..hahahah..terima kasih la otak kau berfungsi dengan betul masa ni. Hahahaha ).
Taukey : Mula ckap slow " Lu niii...tak ada bole pakai punya pegawai la. Lu mau kasi itu gaduh saya dengan pekerja ka?
Aku : "Itu tadi tokey cakap pekerja ok saja kan bagi gaji lambat?? jadi kita bincang sama2 la tengok apa you punya pekerja mau.
Tokey : Tak apa la.. You bole balik saja la.. Banyak langsi punya orang..
Aku : Baik taukey. Yang pasti, saya mau tokey ikot itu undang2 sahaja. Nanti lain hari saya datang lagi check. Boleh tokey?
Tokey : ok..ok....

Maka habislah sesi "bertekak".. Hahahahhahah...

Habis je role play, penemuduga wanita tersebut menyampuk. " Karakter tu dah ada. Kita taknak seorang yang lembik bagi jawatan ini. Ini kerana tugas bagi jawatan ini, awak akan banyak menyelesaikan konflik antara pekerja dan majikan." Aku pun jawabla sambil tersenyum ikhlas. Manis tu tak la...ahaha..."Baik puan..!Saya faham."

Pegawai perempuan tu tanya soalan yang seterusnya. Awak tau ke hak seorang pekerja berkenaan permohonan cuti dalam kesatuan sekerja??

Maklumat ni aku ada baca dan salin ye guys..tpi aku masih blank lagi. Saya jawab " maafkan saya puan, saya tidak tahu .' Selepas itu dia jawab, " ok tak apa..tau tak berkaitan akta buruh sarawak, tugas seorang penolong pegawai perhubungan perusahaan?? Maka Aku jawab, bla..bla..bla...dengan suara yang jelas dan yakin. Mujurla, maklumat ni tak hilang dari ingatan.

Seterusnya pegawai perempuan tersebut tanya gaji minimum di malaysia. Dengan yakinnya Aku pun jawabla dengan penuh kesungguhan. Dalam hati "kacang je soalan ni"..

"Bermula dari Januari 2019, gaji minimum telah ditetapkan sebanyak RM1050 bagi seluruh malaysia sabah dan sarawak. ( dah macam mohor besar plak umum raya ). Tapi guys, guess what? jawapan Aku tu salah..hahahahhahahahahaa.....dan dia perbetulkan. eeeu..malu siak..! kemain lagi confident..

" Sila perbetulkan balik maklumat awak, sebab gaji minimum sekarang adalah RM1100 selepas perbincangan semula pihak berwajib." Aku pun jawab.." Baik puan, saya mohon maaf.

Selepas itu, yang lelaki menyampuk. " Kerja ni awak kena tahan maki. Maki bukan sebarang maki tau..maki yang melampau. Boleh tahan ke kalau kena maki?? "
Dengan tenang Aku pun jawab la.."Sebagai seorang yang bekerja di bidang khidmat pelanggan, cacian dan makian itu adalah perkara biasa.

Soalan seterusnya dari pegawai lelaki. " Contohnya seorang majikan ini ingin berbuat baik/mengambil hati awak kerana ada sesuatu yang dia ingin sembunyikan. Majikan berkenaan memberikan tawaran kepada awak berkenaan pembiayaan kos perjalanan dan penginapan. Tempat tersebut jauh di pedalaman dan hanya majikan tersebut yang mempunyai kelebihan untuk akses ke tempat berkenaan. Dalam masa yang sama, demi tuntutan tugas, awak memang perlu untuk ke sana. Apakah awak akan menerima tawaran berkenaan.?"

Secara jujurnya, Aku pernah berhadapan dengan soalan sebegini semasa temuduga 7 tahun yang lepas ( lebih kurang la ). Aku masih tak pasti apa yang perlu aku jawab untuk soalan sebegini. Sebelum ini aku jawab sepatutnya penjawat awam tidak boleh menerima tawaran berkenaan, dan aku gagal dalam temuduga berkenaan. Namun, dalam temuduga kali ini, aku huraikan lagi penjelasan kepada soalan berkenaan.

So, jawapan yang aku bagi ( entah betul tidak ), " Sekiranya itu sahaja jalan yang boleh saya gunakan, maka saya akan terima. Namun demikian, pemeriksaan lanjut perlu saya lakukan kerana itu adalah tugas saya dan tindakan lanjut perlu dilakukan sekiranya terdapat sebarang kesalahan yang dilakukan oleh majikan berkenaan"

Seterusnya pegawai berkenaan menyambung lagi " Habis tu, awak tak rasa terhutang budi ke? jadi macam mana awak nak ambil tindakan? Maka aku hentam je la jawab"Tidak. saya tidak akan terhutang budi, tugas perlu saya lakukan dengan betul." ketawa je la pegawai tu dengar. Aku pula hanya mampu tersenyum kambing. hahahhhahahahah.

Seterusnya soalan lagi dari pegawai wanita berkenaan " Di jabatan ini, terdapat aduan atau kerja yang awak perlu selesaikan dalam tempoh masa 24jam. Pada masa berkenaan, awak mempunyai hal mustahak yang perlu di lakukan. Awak ada masalah peribadi. Bagaimana awak dapat menyelesaikan aduan berkenaan dalam tempoh berkenaan"?

Maka aku pun jawab (dengan yakin dan lancar). " Sepatutnya sebagai pekerja, kita tidak boleh mencampurkan urusan kerja dan peribadi. Bagi saya, saya perlu untuk selesaikan kerja berkenaan biarpun terdapat masalah peribadi".

Sejujurnya, jawapan yang aku bagi tu tak lah salah, namun tidak tepat. Semasa drive balik, bila difikirkan, sepatutnya aku perlu masukkan elemen "teamwork" dalam penjelasan berkenaan. Tapi dah terlambat dah pun..redho ajo la..

Ini adalah soalan terakhir. Yeehaaa..pas ni bole balik dah...hahahah.." Jawatan ini, kadangkala akan memerlukan awak menjadi seorang hakim. Cuba tunjukkan bagaimana duduknya seorang hakim, mimik muka, gaya berjalan??"

Ahhhh...sudah..!! aku mana tau cara hakim duduk. Tengok dalam tv pun jarang..(dalam hati la)....Maka saya pun bangun pergi ke pintu dan mula berjalan ala2 "jalan kucing", pergi ke tempat duduk, tunjukkan muka bengis yang amat..tapi....bengis ke??? entahla dik..cermin takde masa tu..ahahahah...Bila fikirkan balik..alahai....malunye.....hahahahh..mana nak letak muka..

Lain2 soalan yang dorang tanya cuma sembang biasa2 je. Hal kampung, keluarga, tentang kerja sekarang, asal di mana, dan sebagainya.

Maka penemuduga maklumkan itu sahaja yang ingin mereka soalkan. Sebelum bangun dari tempat duduk, penemuduga lelaki itu tanya samaada aku sudah bersedia untuk balik ke sarawak kalau lulus. Jadi aku pun jawab je la, "semestinya saya bersedia". So, lepas amik balik fail dari dia, aku pun keluar dari bilik temuduga dengan perasaan yang lega. Hahahahahahhah...

Sampai di luar bilik, calon yang menunggu apa lagi. "Banyak ke dorang tanya? Soalan apa? " Kau ni mcm dapat je, sebb lama sangat dalam bilik tu". Maka aku pun bagitau la apa yang jadi dalam bilik tu. Sedar tak sedar, lebih dari setengah jam aku berada di dalam bilik "angker" berkenaan. hahahahahha..Selepas itu, aku p keluar dengan calon yang nombor satu tadi pergi sarapan dan seterusnya balik ke destinasi masing2.

Maka sekian la sesi temuduga. Sekarang tengah menunggu keputusan. Keputusan diketahui dalam masa 30 hari dari tarikh akhir temuduga. Korang rasa, boleh lulus ke aku ni, berdasarkan situasi dan persembahan yang aku persembahkan tersebut??? Entahla...Fikir2 balik, banyak salah yang aku buat masa temuduga. Cuma, mujurnya masa temuduga tu aku tak gugup sangat, confident je sampai la keluar bilik temuduga. Hahaha..Aku cuma bertuah, tidak diajukan banyak soalan berkenaan jabatan, dan akta2 di dalam kementerian sumber manusia. Berserah aje la atas rezeki-Nya.

Akhir kata, aku harap cerita bosan dan panjang ini, sedikit sebanyak boleh memberikan panduan dan persediaan bagi calon yang akan ditemuduga dan cuba elakkan kesilapan yang sama seperti yang aku lakukan, okay.... Jangan lupa "research" sebelum temuduga ye u alls.. confident kena ada masa temuduga..Selamat Maju Jaya..

** Lulus atau tidak, nanti aku maklumkan. Jangan pernah berputus asa atas rezeki-Nya. Aminn..



Comments

  1. Replies
    1. ah tu a tu. kata nak maklumkan hahaha

      Delete
    2. Hahaha..tak teringat plak pernah tulis and published story ni..maaf lah..lulus dan telah 3 tahun berkhidmat.

      Delete
  2. mcm mna kerjanya tuan? ada ot x? senang dpt x kenaikan pangkat? kerja ni contract of services atau tetap atau macam mana tuan?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment